Assalamualaikum pembuka bicara
,
Di sini ,ingin saya luahkan apa
yang saya rasa di saat ini..iaitu ketenangan yang muncul dalam diri
saya..Korang tau tak kenapa ?Alhamdullillah jiwa saya dah tenang dengan
kejujuran seseorang yang penting dalam hidup saya.Andai ingin melakukan sesuatu
perkara , kita kenalah jujur dengan segala ucapan yang di lontarkan , barulah
hati kita jadi tenang..setenang air di lautan..Pernah xkorang ada perasaan
chemistry antara pasangan korang???
Kat sini saya nak ceritakan perasaan
chemistry yang korang boley rase andai pasangan korang berjauhan dengan korang
..apa yang di buat , dia lakukan di belakang korang & korang boley rase
suatu perasaan aneh andai die berbohong.
perasaan chemistry nie korang
buley rase bile korang betol2 sayangkan pasangan korang tu..lau setakat main2
mane nak ade perasaan macan tu..hah hebat kan kuasa " CINTA SEJATI "
hehe..
Well , if bercinta tu korang
kene la tetapkan dalam hati bercinta hingga sampai ke jinjang pelamin.Nanti
pasangan korang xberani la buat macam2 di belakang korang. Walhal ape yang die
cakap korang boley rase samaada die berbohong ataupun tak..YEY!!!Mesti pasangan
korang dah takut nak tipu2 belakang korang..
Salah satu adalah mimpi..YES
mimpi..ade xkorang pernah mimpi pasangan korang main kayu tiga???lau ade mimpi
bg petunjuk sebenarnya. Sometime mimipi yang berlaku kite xboley percaya
sangat. Tapi lau rase xsedap hati ..cube tanyer pasangan korang..Ada macam
curiga jew die jawab..memang sah ade something benda yang disorokkan. Ok start
daripada tu ..try test die..hahha.. korang memang rase dah xsedap hati ea baru
test2 nie..just test jew..bukan apepun,nak tahu kejujuran dier jew..hehe..Last2
ape yang korang rase tu betol..Yes that's the point perangkap pasangan korang..
ok korang nak tau die jodoh
korang x???
Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh
Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang
ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat
hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan
fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut
adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah
ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita
yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita
sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan,
terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang
ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia
tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila
dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada
kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah
sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai
bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki
kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup
kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu
kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada
kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga
kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada
situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan
tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya
Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi
petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
Doa untuk jodoh: