CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 18 June 2013

PEMERGIAN KAKAK YANG DI SAYANGI..

Assalamualaikum pembuka bicara..

Arinie hari ke 8 , arwah kakak pergi meninggalkan kami sekeluarga .Sedih dan hiba rasa hati dengan gelak ketawa , percakapan dan bermacam-macam lagi perlakuan membuatkan kami semua sedih akan kehilangan dirimu .Tengiang-ngiang akan dirimu wahai kakakku.Mengapa dirimu pergi dengan begitu cepat??Kenapa tinggalkan kami semua??kami semua sayangkan dirimu. Bagai semalam  ,dirimu masih bersama kami . Shopping same2 , jalan2 , picnic , makan2..So sad..sbb kami semua rindukan dirimu..huhu.Masa berlalu sangat pantas , pejam celik dah xde lg nak dengar suaramu wahai kakak.Kalaulah masa buley berputar semula ..setiap detik dan saat akan sentiasa bersama dengan dirimu .Allah lebih menyayangi dirimu..Semoga kakak ditempatkan di Syurga dan di kalangan orang yang beriman.
"Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun", yang bermaksud "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".
Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya.Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”



Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka


Lagu untuk pemergian kakakku..

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kaulah kakakku yang baik budi pekerti..

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau kakakku yang lembut dan sopan santun..

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kami pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Kakakku  akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kaulah kakakku yang sangat kami sayang.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment