CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 19 May 2013

KETENANGAN DI DALAM JIWA


Assalamualaikum pembuka bicara ,

Di sini ,ingin saya luahkan apa yang saya rasa di saat ini..iaitu ketenangan yang muncul dalam diri saya..Korang tau  tak kenapa ?Alhamdullillah jiwa saya dah tenang dengan kejujuran seseorang yang penting dalam hidup saya.Andai ingin melakukan sesuatu perkara , kita kenalah jujur dengan segala ucapan yang di lontarkan , barulah hati kita jadi tenang..setenang air di lautan..Pernah xkorang ada perasaan chemistry antara pasangan korang???
Kat sini saya nak ceritakan perasaan chemistry yang korang boley rase andai pasangan korang berjauhan dengan korang ..apa yang di buat , dia lakukan di belakang korang & korang boley rase suatu perasaan aneh andai die berbohong.
perasaan chemistry nie korang buley rase bile korang betol2 sayangkan pasangan korang tu..lau setakat main2 mane nak ade perasaan macan tu..hah hebat kan kuasa " CINTA SEJATI " hehe..
Well , if bercinta tu korang kene la tetapkan dalam hati bercinta hingga sampai ke jinjang pelamin.Nanti pasangan korang xberani la buat macam2 di belakang korang. Walhal ape yang die cakap korang boley rase samaada die berbohong ataupun tak..YEY!!!Mesti pasangan korang dah takut nak tipu2 belakang korang..


Salah satu adalah mimpi..YES mimpi..ade xkorang pernah mimpi pasangan korang main kayu tiga???lau ade mimpi bg petunjuk sebenarnya. Sometime mimipi yang berlaku kite xboley percaya sangat. Tapi lau rase xsedap hati ..cube tanyer pasangan korang..Ada macam curiga jew die jawab..memang sah ade something benda yang disorokkan. Ok start daripada tu ..try test die..hahha.. korang memang rase dah xsedap hati ea baru test2 nie..just test jew..bukan apepun,nak tahu kejujuran dier jew..hehe..Last2 ape yang korang rase tu betol..Yes that's the point perangkap pasangan korang..

ok korang nak tau die jodoh korang x???

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Doa untuk jodoh: 
 

Saturday 18 May 2013

UNTUK BAKAL SUAMI..

Sewaktu mula bertemu dulu
Ku anggap kau hanya kawan
Tetapi bila sudah mesra
Berputiknya rasa sayang

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku bahawa
Kau kan tetap setia dengan ku
Kini mengapa kau lukai hatiku
Di mana kah sayang oh janjimu
Ku berdoa semoga hatimu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku bahawa
Kau kan tetap setia dengan ku
Kini mengapa kau lukai hatiku
Di mana kah sayang oh janjimu
Ku berdoa semoga hatimu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Demi kerana aku cinta padamu
Relanya hatiku memaafkan
Sudah adat bercinta ada pahit dan manis
tetapi jangan sampai terpisah
2x (Selagi di hati
Masih cinta dan rindu
Selama itulah ku setia
Tak gunanya berpisah jika sudah suratan
Di antara kita tidakkan lupa)

PENANTIAN BAKAL PENGANTIN..

Assalamualaikum pembuka bicara ,

Mesti korang xsabar kan nak jadi pengantin.Eala..benda yang baik kene percepatkan untuk elakkan dari maksiat .Insyaallah jodoh Allah sudah tetapkan..cume lambat atau cepat jew..
InsyaALLah kalo xde halangan kahwin la.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan .
Setiap manusia kene berdoa supaya jodoh kite dengan pasangan masing2 akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Di sini selitkan ayat2 romantis yang menjadi ingatan aku sebelum aku kahwin..Layan..

Ku begini seperti selalu ..Membilang waktu berlalu .Entah berapa lama aku tak sedarinya Berapa lama harus menunggu .Aku mimpikan suram cahaya Bertukar cahaya indah .Semoga tiba hari bersinar ruang hati Menyuluh arah jalan kembali .Ku tunggu angin perubahan .Barat utara timur selatan.Meniti doa malam dan siang .
Teranyamnya semula ikatan.

Sayang semuanya hanyalah mimpi.Kenyataannya langit dan bumi.Aku di sini engkau di sana.Sayup jauh terpisah.Entahkan kerana sayangku.Ataupun kerana sabarku.Kumenunggu...Airmata dan senyuman.Antara mimpi dan harapan.Adalah rindu semilu menghiris kalbu.Yang terlalu menyanyi.di akhirnya terkorban diri.Menyedari itu aku putuskan.Pasrah segala pada tuhan.Masih lagi seperti selalu.Membilang waktu berlalu.Semoga tiba hari bersinar ruanghati.Menyuluh arah agar kembali….

JIWANG SIKIT SEBELUM KAHWIN


Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu
Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Penantian panjang
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Cintaku padamu
Ku tetap menanti
Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

25 TIPS MENJADI LELAKI ROMANTIK

Assalamualaikum salam pembuka bicara...

Topik nak ak kongsi di sini..mengenai lelaki yang sangat2 romantik..WOW..!!!so sweet kan lau dapat lelaki macam tu..ramai gadis yang tergilakan perilaku lelaki tersebut.Seperti mana yang terjadi , lelaki yang romantik nie die sangat2 mencintai kekasih hatinya , die xsanggup memainkan perasaan gadis yang die cintai.Kalau awex die merajuk, cepat2 die pujuk..bagi coklat kew..yang paling best...hah bagi bunga..Yup lambang bunga merah untuk gadis yang dicintai untuk selamanya..So sweet..
Menjadi kenangan yang paling manis andai seorang gadis dapat bunga yang betol2 ikhlas daripada bakal suami kan..Detik2 nak melamar , memujuk , wah bestnyer lau dalam bunga tu di letakkan cincin kahwin.
" Awak sy sangat2 mencintai dirimu ..sudikah kamu menjadi bakal isteriku buat selama-lamanya "
Si gadis bile dengar ayat laki tersebut, terkejuit malah menitiskan air mata kegembiraan kerana ayat yang selama ini di nantikan di dalam hidup.
Ayat gadis tersebut "Terima kasih abang kerana telah menyerikan hidup sayang selama ini..abang banyak bersabar  dengan kerenah syg , tetap pujuk2 syg walaupun syg susah nak pujuk , abang tetap cintakan syg walaupun  syg banyak sakitkan hati abg , walaupun syg xsempurna untuk abg abg tetap mahukan syg jd penyeri hidup abg , jadi isteri yang soleh  , bakal kepada anak2 abg ..abang , syg berjanji untuk abg akan setia dengan abg untuk selama-lamanya.Diharap hubungan kite berakhir dengan perkahwinan yang kekal di dunia mahupun di akhirat .amin."
So sweetkan ayat yang gadis tersebut tujukan untuk bakal suami die..hehe
hah di sini tip untuk korang lelaki yg nak jadi lelaki romantik :


25 Tips Untuk Menjadi Lelaki Romantik

1 Peka dengan tarikh-tarikh penting

Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

2 Berikan kejutan untuk si dia

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya. :)

3 Selalu memberi pujian

Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!

4 Berikan layanan istimewa

Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.

5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk

Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

6 Berpimpin tangan ketika berjalan

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda :)

7 Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantik

Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian.  Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

8 Kirimkan jambangan bunga kepada si dia



Wanita amat menyukai bunga.  Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.

                                                 Bakal suami yang sungguh romantik

9 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

10 Berikan senyuman manis dan menggoda

Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.

11 Memakai pakaian yang sedondon

Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

12 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia

Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

13 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation

Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

14 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut

Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang, babyataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

15 Kirimkan sms cinta kepada si dia

Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia.  Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.
Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.

16 Tunjukkan bakat kesenian anda


Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia.

Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik ;)

17 Sentiasa berikan perhatian kepada si dia

Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

18 Jadilah penyokong setia di belakang

Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

19 Fahami dan peka dengan perasaan si dia

Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

20 Jadilah pendengar yang baik dan setia

Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

21 Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang

Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?
Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

22 Mengambil berat keadaan si dia

Tanyakan khabar si dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si dia pasti akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.
Jikalau anda nak nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia. Dan tinggalkan pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan doktor.

23 Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah

Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.

24 Peluk dan ciumlah si dia selalu

Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.
Setiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu. Yang tu kena tunggu malam la pula.  ;)

25 Jadilah seorang yang menghiburkan

Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.Walauapapun, sentiasalah menjadi diri anda sendiri. Anda tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk menjadi seorang yang romantik. Mungkin si dia sudah pun menyayangi dan mencintai anda dengan apa adanya pada diri anda. :)
Apa yang penting adalah cuba buangkan sifat ego dan pupukkan sifat saling memahami dan bertolak-ansur dalam perhubungan anda untuk sama-sama membina mahligai bahagia.