Thursday 13 February 2014
Bila Satu Persatu Musibah @ Dugaan Berlaku..
Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')
Allah menguji hambaNya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu ALLAH boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tidak dalam menerima ujian.
Wednesday 12 February 2014
Memasuki Gerbang Perkahwinan
Assalamualaikum pembuka bicara...
Dah lame saya xupdate blog..maklumla xde mood nak update..perkara yang sy ingin ceritakan di sini adalah berkaitan dgn jeng jeng jeng ..." Memasuki Gerbang Perkahwinan " . Tahun 2014 , Insyaallah kalau di izinkan Allah xlame lg sy akan di hijab kalbukan dengan bakal suami yang selama ini sy impikan..Moga2 segala perancangan yang telah di tetapkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan..Insyaallah..
Kita hanya merancang , Hanya Tuhan yang menentukan ...
Tadaaaaaa...ini buku time sy ambil kursus kahwin
Persediaan nak kahwin , first kene habiskan baca buku2 tersebut ...supaya nanti perkahwinan bahgia hingga akhir hayat ..
Sebenarnya , dekat nak kahwin la macam2 yang kacau jiwa raga nie..Kengkadang rasa xnak kahwin la...fikirkan bakal en suami macam mana lg..banyak baca benda2 mengarut..contohnya : time bercinta lain , dah kahwin lain..memikirkan tentang family dia lg, penerimaan sebagai orang baru dalam keluarga dia.. Aii Takutnya...cmne nie..makin berdebar2 fikir semua tu ..bak kata bakal suami , " syaitan la tu menghasut..maklumla xnak tgk umat nabi Adam berkahwin..sebab bila berkahwin..umpama dapat mendirikan masjid " .
Kini akan tiba giliran sy pula nak jadi isteri kepada En H.... lepas nie xboley degil2 ..bukan mudah nak jd isteri ..para isteri kene dengar cakap suami..suami kate XBULEH..so jangan melawan..ingat SYURGA Di bawah tapak kaki suami..Suami plop di bawah tapak kaki Ibu die..waaaaaaaaaaa...kene mengalah dengan ibu die..huhu..Sabar je la wahai isteri..nak masuk syurga kene ingat 4 perkara nie..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
nie lg 1 hadis penting para isteri kena tahu..
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”
(Riwayat Thabrani)
Insyaallah , sy berharap dapat jadi isteri yang terbaik untuk dia..tp dia kenalah banyak bimbing sy..banyak bagi tunjuk ajar..xkan anak murid je..isteri pun nak jg di ajar ( bukan ajar = pukul ) xnak camtu..kene input dengan kasih sayang agar rumah tangga yang akan di bina nanti kekal buat selama-lamanya ..
waallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)