CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 23 July 2012

TIPU DAYA KAUM YANG SESAT


Tipu Daya Kaum Quraisy Terhadap Rasulullah SAW


 Ingatlah bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: 
  “Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memasukkan kamu ke dalam penjara atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.” (Al-Anfal: 30)
    Di Kota Mekah pada zaman Nabi Muhammad SAW ada suatu tempat yang disebut dengan “Daarun Nadwah.” Jika ada perkara-perkara penting yang akan dibincangkan, para pemuka Quraisy berkumpul di situ. Begitu juga halnya ketika mereka hendak menggagalkan dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Maka berkumpullah lima pemuka kaum Musyrikin iaitu: Utbah, Syaibah, Abu Jahal, Abul Bukhtari, dan Al-Ash bin Wa’il. Riwayat lain mengatakan bahawa yang hadir di situ seramai dua belas orang.
    Ketika mereka memasuki Darun Nadwah, maka Iblis yang menyamar sebagai seorang tua yang bertongkat sama-sama masuk. Abu Jahal berkata kepadanya: “Kami berkumpul di sini untuk membincangkan sesuatu yang sangat rahsia, maka balik sajalah tuan.”
    Iblis itupun menjawab: “Saya adalah seorang ulama dari negeri Najd, saya telah hidup beberapa zaman dan telah mencuba berbagai perkara. Saya juga mengetahui cara mentakwilkan dan menafsirkan secara baik, oleh sebab itu izinkanlah saya masuk bersama-sama anda. Supaya saya juga dapat membantu mana perkara yang benar dan mana-mana perkara yang salah.”
    Akhirnya mereka membiarkannya masuk ke dalam Daarun Nadwah itu. Kemudian mereka pun memulai mesyuaratnya. Berkata Utbah: “Maut itu hak, maka bersabarlah kamu semua sampai Muhammad itu meninggal, dan kita selamat dari ancaman kejahatannya.”
Iblis berkata: “Cis, sungguh bodoh sekali pendapatmu, engkau tidak sesuai untuk ikut berbincang, melainkan hanya sesuai sebagai pengembala ternak dan keldai. Seandainya kamu semua bersabar menunggu sampai Muhammad meninggal dunia, maka agamanya telah berkembang di Timur dan Barat. Kemudian berkumpullah tenteranya yang sangat besar, lalu memerangi kamu semuanya, sehingga kamu binasa.”
Mereka menjawab: “Benar juga apa yang dikatakan oleh Ulama Najd ini.” Kemudian Syaibah berkata: “Saya berpendapat agar Muhammad itu kita penjarakan dalam sebuah rumah, kemudian kita kunci pintunya sampai ia mati kelaparan dan kehausan.”
Iblis berkata: “Itu juga tidak tepat, kerana sudah tentu Bani Hasyim akan berkumpul dan membebaskannya daripada kamu semua, dan akan timbullah permusuhan yang besar antara kamu semua dengan Bani Hasyim.” Mereka semua menjawab, bahawa benar apa yang dikatakan oleh Imam Najdi itu.”
Kemudian Al-’Ash bin Wail berkata: “Kita ikat sahaja Muhammad pada seekor unta, kemudian kita lepaskan di padang sehingga ia mendapat kebinasaan di sana.”
Maka berkatalah Iblis: “Itu juga masih belum tepat, kerana Muhammad itu orangnya tegap, bagus bentuk rupanya, fasih dalam bertutur kata serta manis ucapannya. Mungkin ia akan berjumpa dengan seseorang yang akan menunjukkan jalan kepadanya. Kemudian orang ramai akan membenarkan setiap ucapannya setelah itu ia berhasil mengumpulkan pengikut yang ramai. Kemudian baru ia pulang dengan tenteranya yang besar untuk memerangi kamu semua.” Mereka berkata benar apa yang diucapkan oleh Iman Najdi itu.
Kemudian tiba giliran Abu Jahal untuk menyampaikan pendapatnya, ia berkata: “Sebaiknya setiap kabilah mengeluarkan seorang pemudanya, masing-masing disiapkan dengan senjata. Bila malam telah tiba, kita serang Muhammad secara bersama, lalu kita bunuh bersama-sama, sehingga tidak ada yang mengetahui siapa pembunuh yang sebenarnya. Dan jika kerabatnya meminta denda, maka kita dapat mengumpulkan harta daripada setiap kabilah dan kita berikan kepada mereka. Dengan demikian kita hentikan tuntutan mereka dan kita semuanya bebas daripada kejahatannya.”
Maka Iblis itu pun berkata: “Pendapatmu itu Wahai Abu Jahal tepat sekali“. Mereka pun berbincang akan melaksanakan pendapat Abu Jahal tersebut. Mereka menuju arah yang berbeza keluar dari Darun Nadwah tersebut.
    Kemudian turunlah Jibril as. dengan membawa ayat 30 surah al-Anfal kemudian berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad, Allah SWT berkata: “Keluarlah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, kerana dalam urusan itu ada suatu rahsia yang sedang aku rencanakan.” Janganlah gentar sebab setelah kesulitan ada kemudahan, pada setiap sesuatu itu ada masa dan aturan. Dan setiap keadaan kita, Allah sentiasa memperhatikan di atas rencana kita Allah jualah yang mentakdirkan.
    Ketika petang telah sampai, Rasulullah SAW mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya, baginda berkata: “Siapakah di antara kamu yang akan menemani aku, kerana Allah telah memerintahkan kepadaku untuk berhijrah ke Madinah.” Kemudian Abu Bakar menjawab: “Saya bersedia ya Rasulullah.”
Kemudian Rasulullah melihat ke arah sahabat-sahabatnya, dan berkata: “Siapakah di antara kamu yang bersedia tidur di atas tempat tidurku, aku akan menjaminkannya agar Allah memasukkannya ke Syurga.” Maka berkatalah Ali ra.: “Saya sanggup ya Rasulullah, saya bersedia mengorbankan nyawaku demi baginda.”

Berkata Jabir bin Abdullah: “Saya mendengar Ali bin Thalib membacakan syairnya sedangkan Rasulullah mendengarkannya: “Aku saudara Musthapa, tiada keraguan dalam nasibku
Nenekku dan nenek Rasulullah adalah satu.
Aku membenarkannya sedang manusia dalam kegelapan kesesatan, syirik dan kemelaratan. Segala puji bagi Allah, Tidak ada sekutu bagi-Nya yang sangat baik kepada hamba dan kekal sepanjang masa.” Mendengar bait-bait syait tersebut, maka Rasulullah tersenyum dan berkata: “Benarlah engkau wahai Ali.”
    Pada malam itu Ali tidur di atas tempat tidur Rasulullah. Orang-orang kafir datang mengepung rumah baginda, mengintai bila Rasulullah akan keluar. Di antara mereka terdapat Iblis laknatullah. Kemudian Allah memberikan rasa mengantuk dan lalai kepada mereka sehingga mereka tertidur semuanya, termasuk juga Iblis yang tidak pernah tidur senyenyak malam tersebut.
    Maka keluarlah Rasulullah SAW diiringi oleh Abu Bakar. Baginda melihat orang-orang kafir itu tertidur, senjata-senjata mereka berada di samping mereka. Lalu baginda menaburkan debu di atas kepala mereka.
    Diriwayatkan bahawa Rasulullah membaca surah Yaasin ketika akan melewati orang-orang kafir itu, sehingga tidak seorang pun di antara mereka dapat melihat baginda, berkat kemuliaan surah Yassin tersebut. Ketika Rasulullah telah pergi, maka Iblis pun terbangun, kemudian ia membangunkan mereka dan ia berkata: “Muhammad telah pergi, tidakkah kamu melihatnya bahawa ia telah menaburkan debu di atas kepala kamu.”
    Mereka bangun dan mencari Rasulullah di tempat tidur baginda. Maka yang ada di sana Ali bin Abi Thalib. Mereka bertanya: “Mana Muhammad? Ali ra. menjawab: Tuhan Yang Maha Tinggi telah membawa pergi Nabi-Nya ke arah yang di kehendaki-Nya. Maka janganlah kamu semua mencarinya, kerana mungkin ia telah berada di tempat yang tinggi.”
    Setelah mereka tidak menemukan Rasulullah di dalam rumahnya, maka mereka mengadakan mesyuarat selama tiga hari. Kemudian mereka mengutus Suraqah bin Malik mengikuti jejak Rasulullah di Madinah. Di suatu tempat ia berjumpa dengan baginda Rasulullah. Suraqah tergolong salah seorang pahlawan Arab yang kuat dan berani, namun Rasulullah tidak merasa khuatir.
    Setelah dekat maka Suraqah menghunuskan pedang dan ia berkata: “Hai Muhammad, siapakah yang akan membelamu pada hari ini daripada kekuatanku? Rasulullah menjawab: Allahlah yang akan membelaku. Kemudian Jibril pun turun, sambil berkata: Ya Muhammad Allah telah berfirman untukmu: Aku menjadikan bumi itu tunduk kepadamu, maka perintahkanlah ia sesuka hatimu.”
    Rasulullah pun berkata: “Wahai bumi benamkanlah ia.” Maka bumi pun menelan Suraqah hingga ke lututnya. Suraqah berusaha memacu kudanya namun tidak dapat digerakkan. Kemudian ia berkata: “Hai Muhammad, berilah keamanan kepadaku, demi kemuliaan Uzza, jika kamu selamatkan aku, maka aku akan berpihak kepadamu.” Kemudian Rasulullah menyelamatkannya daripada bencana tersebut. Dikisahkan bahawa Suraqah mengulangi perbuatannya itu sampai tujuh kali, setiap kali ia mengingkari janji maka bumi menelannya.
    Akhirnya pada kali kelapan, ia sungguh-sungguh bertaubat. Kemudian ia mengeluarkan satu anak panah, lalu diberikannya kepada Rasulullah SAW. Ia berkata: “Ya Rasulullah, aku mempunyai ternak di arah perjalananmu ini, maka temuilah pengembalanya dan mintalah apa yang tuan perlukan daripada mereka.”
    Rasulullah menjawab: “Ya Suraqah, engkau tidak mahu memeluk ajaran Islam, maka aku pun tidak tertarik dengan harta dan ternakmu.” Suraqah berkata: “Ya Muhammad, kelak dakwahmu akan muncul ke seluruh alam, dan baginda akan menguasai manusia, maka marilah kita membuat perjanjian, bila sampai hari tersebut aku akan menyatakan Islamku padamu.”
    Kemudian Rasulullah mengambil tembikar (pasu kecil) dan diberikannya kepada Suraqah dan berkata: “Inilah perjanjianku denganmu.” Suraqah berkata: “Mintalah hajatmu kepadaku ya Muhammad.” Rasulullah menjawab: “Wahai Suraqah, permintaanku kepadamu iaitu agar engkau menyuruh kepada pasukan Quraisy tersebut berpaling arah.”

    Kemudian pulanglah Suraqah, di tengah perjalanan ia berjumpa dengan Abu Jahal, lalu berkata: “Hai Abu Jahal, Muhammad tidak menempuh jalan ini.” Mereka pun semuanya pulang. Abu Jahal pun berkata kepadanya: 
“Wahai Suraqah, aku kira engkau telah berjumpa dengan Muhammad, ceritakanlah kepada kami apa sebenarnya yang terjadi?” Maka Suraqah pun bermadah: “Hai Aba Hakam, demi Latta, bila tuan menyaksikan
di hadapan kudaku ketika ia terbenam. Tuan akan tahu, dan tidak akan ragu bahawa Muhammad itu seorang utusan yang membawa bukti nyata, kenapa kita tidak memuliakannya. Hendaklah tuan memulangkan pasukan darinya, kerana aku yakin kemuliaan dan kedudukannya akan muncul suatu hari nanti.”

 
Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT


    Allah telah memuliakan Nabi Musa as. pada hari Sabtu, dan ia memerintahkan kepada kaumnya agar tidak bekerja pada hari itu dengan segala urusan keduniaan seperti jual-beli, perdagangan, berwasiat dan lain-lain. 
  
    Pada suatu negeri yang bernama Ailah, penduduknya adalah para nelayan penangkap ikan. Allah mengutus kepada mereka Nabi Daud as. membawa risalah dari Tuhan berupa larangan bagi para nelayan itu untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, sedangkan pada hari-hari lain dibolehkan.         Maka Nabi Daud pun menyampaikan risalah Tuhan itu kepada penduduk Ailah, tetapi mereka menolaknya. Lalu    Allah mencuba mereka dengan suatu cubaan iaitu dijadikan pada setiap hari Sabtu semua ikan berkumpul di laut mereka, sedangkan pada hari lainnya seekor ikan pun tidak mereka temui. Sehingga timbullah kesusahan yang panjang, dan Allah menimpakan kelaparan kepada mereka.         Akhirnya mereka berusaha untuk tetap menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat benteng dan sungai-sungai itu ke dalam benteng-benteng pada hari Sabtu. Bila mereka melihat benteng itu telah penuh dengan ikan, maka mereka menutup muara sungai tersebut.         Para ulama, hukama dan orang-orang zahid berulang-ulang menasihati mereka, namun mereka tetap sahaja melakukan pelanggaran tersebut. Sehingga ulama-ulama itu berpisah daripada kehidupan mereka kerana khuatir akan terkena bencana bersama-sama mereka yang engkar.         Ketika Allah hendak menyeksa mereka, Allah biarkan mereka berbuat sesuka hati mereka selama dua tahun. Di samping itu Allah tetap mengutus kepada mereka orang-orang yang akan memberikan peringatan dan nasihat. Namun mereka tetap berdegil dan tidak mahu menerima peringatan dan nasihat.         Akhirnya, pada suatu hari para ulama, hukama dan orang-orang zahid itu memasuki kota tersebut, mereka tidak berjumpa dengan seorang pun. Kemudian mereka membuka pintu-pintu rumah dan masuk ke dalamnya, tiba-tiba mereka melihat lelaki dan perempuan telah berubah menjadi kera-kera atau monyet.     Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka Tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim dengan seksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, kami katakan kepadanya “Jadilah kamu kera yang hina.” (Al-A’raf: 165-166)    Allah telah menceritakan kisah ini kepada kekasihnya Muhammad SAW:     1.  Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi putusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu.”(An-Nahl: 124)    2.  Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina.”(Al-Baqarah: 65)    3.  Firman Allah SWT bermaksud: “Dan telah Kami angkat ke (atas) kepala mereka bukit Thursina untuk menerima perjanjian (yang telah Kami ambil dari) mereka dan Kami perintahkan kepada mereka: “Masuklah pintu gerbang itu sambil bersujud.” Dan Kami perintahkan pula kepada mereka “Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabtu, dan Kami mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.” (An-Nisa’: 154)    4.  Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, diwaktu datang kepada mereka ikan-ikan yang berada di sekitar mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.” (Al-A’raaf: 163)        Maha Suci Allah Zat yang perbuatan-Nya tidak sama dengan perbuatan makhluk. Tidak mengetahui hikmat yang terkandung di dalamnya melainkan mereka yang mempunyai hati yang bersih dan terbuka. Demikianlah seekor ikan yang diambil oleh orang Yahudi telah menjadikan mereka kera-kera yang hina. Dan seekor ikan yang diambil oleh nabi, menjadi raja segala ikan. Iblis yang asal kiblatnya adalah Arsy akhirnya menjadi terhina, sedangkan Umar bin Khattab yang asal kiblatnya adalah berhala menjadi orang yang dicintai dan disenangi.         Tentang makna hari Sabtu ini ada beberapa pendapat. Sebahagian ulama mengatakan bahawa Sabtu itu ertinya ‘Agung’ sebab hari Sabtu itu diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi. Ulama yang lain mengatakan bahawa Sabtu itu ertinya istirehat, kerana orang-orang Yahudi pada hari Sabtu itu beristirehat daripada urusan duniawi.         Dikisahkan bahawa ketika ditanyakan kepada orang-orang Yahudi: “Apakah sebabnya kamu semua tidak bekerja dengan urusan duniawi pada hari Sabtu? Mereka beberapa orang Yahudi datang menghadap Rasulullah SAW, mereka bertanya: Ya Muhammad, ceritakanlah ke pada kami apa yang telah diciptakan Allah .
Bottom of Form

Saturday 21 July 2012

PERLU MELAKUKAN PERUBAHAN



Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian..

Pernakah korang semua terfikir berapa banyakkah dosa yang telah korang lakukan selama ini???
Dosa kepada kedua orang tua , dosa mengumpat kawan-kawan ( Tikam kawan belakang) , dosa kepada para pensyarah contoh : tak puas hati dengan lecture masing  ,tu belum lagi dosa korang dengan bile dengan pasangan korang ..
Hah boleh ke korang bayangkan berapa banyak korang dah buat dosa sepanjang korang hidup di atas muka bumi ini???
Mesti tak terkira dosa yang telah kita buat.Aduhai betapa seksanya azab di akhirat nanti.Baru kita sedar bahawa kita hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara dan kita akan kembali kepadaNya di akhirat nanti.
Ada juga di kalangan kita semua sekadar nama sahaja islam,tetapi dalam pada itu tetap melakukan maksiat.
Hal ini terjadi kerana iman yang lemah dan mudah di hasut oleh bisikan syaitan.
Apa perlu kita buat apabila kita sudah betul-betul insaf dan sedar???
Pertama sekali kita kene taubat nasuhat..Taubat sebenar kita sudah insaf dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang dapat mendatangkan dosa kepada diri kita .Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
Kita perlu memperbanyakkan amalan-amalan yang dapat menambahkan pahala kepada kita.Iaitu melakukan amal makruf dan nahi mungkar.
Jangan tinggal solat , melakukan puasa sunat dan puasa wajib pada bulan puasa.
Boleh juga kita mendengar ceramah-ceramah agama daripada internet,membaca risalah tentang agama.
Semoga kita dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan lebih beriman.
Insyaallah sama-samalah kita bertaubat..amin

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga  yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Maka pada malam ini,  marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin
keberkatan di bulan Ramadhan.  Pada malam ini,  kita tingkatkan komitment kita untuk
rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang  janji kita untuk  berlumba
memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk  beramal dan beribadah. Pada malam ini
kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.



Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)
Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah.  Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan  tujuan dari ibadah
puasa kita “agar  kamu bertaqwa”.  Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba.  Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:
 “ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga  yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)
 “ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu  dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas  sunnah Nabi-nya