CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 21 July 2012

PERLU MELAKUKAN PERUBAHAN



Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian..

Pernakah korang semua terfikir berapa banyakkah dosa yang telah korang lakukan selama ini???
Dosa kepada kedua orang tua , dosa mengumpat kawan-kawan ( Tikam kawan belakang) , dosa kepada para pensyarah contoh : tak puas hati dengan lecture masing  ,tu belum lagi dosa korang dengan bile dengan pasangan korang ..
Hah boleh ke korang bayangkan berapa banyak korang dah buat dosa sepanjang korang hidup di atas muka bumi ini???
Mesti tak terkira dosa yang telah kita buat.Aduhai betapa seksanya azab di akhirat nanti.Baru kita sedar bahawa kita hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara dan kita akan kembali kepadaNya di akhirat nanti.
Ada juga di kalangan kita semua sekadar nama sahaja islam,tetapi dalam pada itu tetap melakukan maksiat.
Hal ini terjadi kerana iman yang lemah dan mudah di hasut oleh bisikan syaitan.
Apa perlu kita buat apabila kita sudah betul-betul insaf dan sedar???
Pertama sekali kita kene taubat nasuhat..Taubat sebenar kita sudah insaf dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang dapat mendatangkan dosa kepada diri kita .Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
Kita perlu memperbanyakkan amalan-amalan yang dapat menambahkan pahala kepada kita.Iaitu melakukan amal makruf dan nahi mungkar.
Jangan tinggal solat , melakukan puasa sunat dan puasa wajib pada bulan puasa.
Boleh juga kita mendengar ceramah-ceramah agama daripada internet,membaca risalah tentang agama.
Semoga kita dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan lebih beriman.
Insyaallah sama-samalah kita bertaubat..amin

No comments:

Post a Comment